7 September 2024

Berlabuh tirai Ihtifal Idul Ilmi kali ke-33 kali ini yang berlangsung hujung minggu lalu, menggambarkan suasana ceria dan kegembiraan kepada seluruh penerima anugerah pencapaian akademik 2024.

Majlis yang dimulakan dengan perarakan masuk oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu (Yang Berhormat Senator Tuan Guru Haji Husin bin Awang), Pengerusi Lembaga Pengarah (Yang Berhormat Dato' Ustaz Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah) dan diiringi seluruh Pentadbiran serta para pendidik Maahad Darul Quran. Atucara diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengetua Yang Berbahagia Ustaz Haji Ismail Osman.

Ucaptama yang ditunggukan menjadi gimik acara ucapan dalam bahasa Arab yang disampaikan sendiri oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang Presiden PAS yang juga merangkap Penasihat Kehormat Lembaga Pengarah Maahad Darul Quran.

Acara kemuncak ihtifal seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu penyampaian anugerah-anugerah akademik 2024. Penyampaian anugerah dimulakan bagi Anugerah Sijil Khatam 30 Juzuk seramai 20 orang penerima, Anugerah Syahadah Tahfiz 6 orang penerima, Syahadah Thanawiyah 97 orang penerima, Anugerah Pelajar Cemerlang (Mumtaz) 2024 18 orang penerima.

Anugerah pelajar terbaik akademik keseluruhan dinobatkan kepada saudari Afifah binti Haironnizam yang mendapat peratus tertinggi 94.59 peratus dalam Imtihan Syahadah Thanawiyah 2024. Manakala Anugerah utama idul ilmi kali ini, Pelajar Mithali 2024 disandang oleh saudara Muhammad Muaz bin Naziri bagi kategori lelaki dan saudari Anis Thoyyibah binti Akmar bagi kategori perempuan.

Ihtifal Idul Ilmi kali ke-33 kali ini melabuhkan tirai dengan anugerah penuh gemilang, kehadiran tetamu kehormat, ibu bapa dan penjaga disamping suasana yang sangat ceria di Dewan Dato' Tuan Guru Haji Harun bin Taib.

-ibnuNathrah